PUSAT PENGAJIAN SAINS SEKITARAN DAN SUMBER ALAM



PUSAT PENGAJIAN SAINS SEKITARAN DAN SUMBER ALAM 

Pengenalan 

Malaysia merupakan salah sebuah negara bertuah yang memiliki khazanah sumber alam dan kepelbagaian biologi semulajadi yang terkaya di dunia. Penerokaan sumber ini perlu dimanfaatkan untuk kepentingan sosioekonomi dan pembangunan negara secara mapan. Menyedari hakikat ini, Pusat Pengajian Sains Sekitaran dan Sumber Alam menawarkan bidang kursus dan kajian yang menekankan penerapan asas keilmuan yang menggabungkan bidang-bidang utama sains sekitaran, geologi, biologi dan sains laut. Para pelajar didedahkan kepada pendekatan menyeluruh dan bersepadu gabungan bidang-bidang ilmu yang luas dan berbeza seperti sumber dan hasil bumi, semua jenis tumbuhan dan haiwan yang terdapat di dalam litosfera, biosfera, hidrosfera dan atmosfera. Tujahan utama adalah berhubung konsep saling-hubungan komponen penting dalam alam sekitar yang merangkumi spektrum luas pelbagai jenis ekosistem yang terdapat sebagai warisan negara dan aspek-aspek penting pengurusannya yang mengutamakan konsep pembangunan sejagat dan mesra alam dalam menangani cabaran kehidupan masa kini dan menjamin kesejahteraan generasi akan datang. 


Objektif 

• Mempunyai pengetahuan dan kemahiran terkini dalam bidang sains sekitaran dan sumber alam yang dipilih. 
• Memahami dan mampu menggunakan kaedah dan pendekatan sains. 
• Berkeupayaan mengintegrasi pengetahuan dan kemahiran dalam bidang yang dipilih ke dalam bidang sains yang lain. 
• Mampu mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh dalam penerokaan dan pengurusan alam sekitar secara mapan. 
• Berkeupayaan berfikir secara kritikal, kreatif dan inovatif. 
• Mampu berkomunikasi, berkeupayaan dalam penulisan saintifik dan aplikasi teknologi maklumat. 
• Memahami dan mampu menyelesaikan masalah kontemporari yang dihadapi oleh masyarakat dan alam sekitar. 


Program Pengajian 
Pusat Pengajian Sains Sekitaran dan Sumber Alam menawarkan program berikut: 
• Program Biologi 
• Program Geologi 
• Program Sains Laut 
• Program Sains Sekitaran 



Tidak ada komentar:

Posting Komentar