PROGRAM BIOLOGI

PROGRAM BIOLOGI 

Pengenalan 

Kehidupan manusia bergantung kepada sumber alam termasuk organisma lain, dan keupayaan manusia untuk meneruskan dan membangunkan masyarakat bertamadun bergantung kepada penggunaan dan pengurusan sumber tersebut secara mampan dengan bijaksana. Ilmu Biologi membekalkan maklumat tentang struktur dan fungsi hidupan, saling interaksi antara organisma, dan antara organisma dengan sekitarannya. Sebagai khalifah di bumi ini, manusia perlu mengetahui dan memahami Biologi, supaya prihatin dan arif dalam penggunaan, pengurusan dan pemuliharaan sumber biologi untuk generasi masa hadapan. Pengajaran dan penyelidikan Biologi di Fakulti merangkumi aspek taksonomi, anatomi, morfologi, ekologi, kepelbagaian biologi, genetik tumbuhan dan haiwan, dalam ekosistem terestrial dan akuatik. Pendedahan kepada aspek asas dan gunaan kesemuanya bertujuan untuk mencapai perimbangan antara pembangunan sosio-ekonomi dan pemuliharaan biodiversiti dan persekitarannya. 


Modul Pengkhususan 

Pelajar boleh memilih untuk mengkhusus dalam salah satu modul berikut pada tahun ke II, tertakluk kepada prestasi pelajar pada tahun I: 
• Biologi Tumbuhan 
• Biologi Haiwan 
• Genetik 

Objektif Program 

Untuk melahirkan siswazah yang mahir dan mempunyai pengetahuan menyeluruh dan terkini dalam bidang sains biologi, kepelbagaian biologi dan pemuliharaan serta kompeten dalam kemahiran insaniah, kesedaran terhadap persekitaran serta boleh menyumbang kepada pelbagai disiplin dalam memacu pembangunan negara dan sejagat.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar